Sunday, 1 November 2015

PIBG aktif bangun sahsiah sekolah pacu pelajar

Keaktifan aktiviti sekolah boleh diukur melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seiring dengan keperluan sekolah, guru dan pembangunan pelajar. Di negara ini, ada sekolah yang kelihatan aktif, sederhana aktif atau pasif bersama PIBG. Mengapa begitu? Adakah sekolah terlalu bergantung kepada fungsi PIBG sama ada dari sumber kewangan, profesionalisme pengurusan, kepakaran dan komitmen dalam kalangan ibu bapa? Di mana pula peranan ibu bapa dalam PIBG membantu bagi membangunkan sahsiah sekolah itu sendiri. 

Soal ini timbul berikutan ada satu soalan jawab lisan harian di Dewan Rakyat minggu lalu daripada seorang Ahli Parlimen yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan langkah yang diambil bagi menggalakkan ibu bapa menghadiri mesyuarat PIBG sekolah demi kepentingan dan tanggungjawab terhadap pendidikan anak. Ibu bapa perlu faham bahawa PIBG badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. 

Komitmen, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak berkepentingan seperti masyarakat, ibu bapa, pelajar dan guru amat penting dalam memantapkan kecemerlangan pelajar selaku individu yang mampu menyumbang dan memajukan masyarakat. Pencapaian pelajar lebih bermakna apabila keluarga mereka juga turut berperanan dan membabitkan diri dalam kejayaan anak.

Baca lanjut  di : http://www.bharian.com.my/node/43002

No comments:

Post a Comment