Sunday, 25 October 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN

TARIKH      : 31 JULAI 2015
TEMPAT     : RUANG LEGAR SK HIJRAH
BIL PESERTA ; 15 ORANG
BIL PELAWAT : 400 ORANG +


Hadis-hadis nabi banyak menerangkan kelebihan khatam al-Quran. Diantaranya ialah,turunnya rahmat Allah dan para malaikat juga bersama berdoa pada sesiapa yang selesai membaca al-Quran lantas berdoa kehadrat Allah. Kesimpulannya, doa kita adalah lebih mudah diperkenankan Allahkerana kita berada di dua keadan yang amat berharga iaitu rahmat Allah dan doa para malaikat.

Sebagaimana Hadis Riwayat Ad-Dalimi yang maksudnya :
Barang siapa membaca Al-Quran kemudian berdoa sesudahnya (khatam), nescaya turut serta mengucap aminkan doanya oleh para 4000 malaikat .

Mudah-mudahan ianya menjadi teman dan cahaya di alam barzakh nanti dan sesiapa yang membacanya akan dipermudahkan dan diterangi alam kuburnya dengan mendapat rahmat Ilahi. Nescaya mudah dan selamatlah alam akhiratnya nanti, Insyaallah..

Terdapat satu hadis Rasulullah saw, iaitu baginda telah bersabda mahfumnya, Sesiapa yang mempunyai anak yang membaca al- quran dan mengkhatamnya, nescaya Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan tanjak di akhirat nanti... Amin, Yarabbal 'alamin..











No comments:

Post a Comment