TARIKH : 19 JANUARI
TEMPAT : BILIK KURIKULUM
BIL MURID : 34 ORANG
BIL IBU BAPA HADIR : 38 ORANG
GURU TERLIBAT : GB / PK1 / SEMUA GURU MATA PELAJARAN
Program majlis permuafakatan bersama ibu bapa murid cemerlang Tahun 6 bertujuan untuk bersama-sama membimbing anak tuan/puan agar dapat mencapai target dalam peperiksaan UPSR 2015 nanti. Kejayaan cemerlang pelajar dalam akademik tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada guru sekolah sahaja, sebaliknya ibu bapa perlu memberikan sokongan padu mengikut keupayaan masing-masing bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan ini. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling dekat dengan anak-anak. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa ini di harapkan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan anak tuan/puan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak di atas usaha yang di berikan dengan harapan bersama agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.
\
No comments:
Post a Comment